5. PILIHAN KAEDAH BAYARAN & BNPL

Pilih satu kaedah bayaran yang paling sesuai dengan keperluan anda.

KAEDAH BAYARAN TUNAI

💳 FPX
💳 Debit / Credit Card

KAEDAH BAYARAN ANSURAN / BUY NOW PAY LATER (BNPL)

💰 SPayLater
💰 GrabPayLater
📆 Installment Direct Lending
💠 AhaPay
💠 Atome

 

PENTING

Sila pilih satu kaedah bayaran sahaja bagi setiap transaksi.

Ketersediaan dan kelulusan BNPL adalah tertakluk kepada kelayakan akaun pelanggan, terma penyedia bayaran serta kelulusan pihak penyedia. Roadtax King tidak dapat menjamin kelulusan bagi mana-mana permohonan BNPL.

 

HARGA BNPL VS BAYARAN TUNAI

Jumlah bayaran melalui BNPL mungkin berbeza daripada bayaran tunai, FPX atau kad kerana caj pemprosesan atau caj pembiayaan boleh dikenakan oleh penyedia bayaran. Harga dan jumlah akhir akan dimaklumkan sebelum pelanggan meneruskan bayaran.

 

CARA MENDAPATKAN LINK PEMBAYARAN

Selepas jumlah bayaran disahkan oleh pihak admin:

• SPayLater, GrabPayLater dan AhaPay: Pautan bayaran akan diberikan oleh pihak admin.
• Atome: Pelanggan akan diberikan QR rasmi untuk diimbas dan memasukkan jumlah yang telah disahkan.
• Installment Direct Lending: Permohonan dibuat melalui pautan rasmi Direct Lending yang diberikan.

 

SEBELUM MEMBUAT BAYARAN

Pastikan nama pelanggan, nombor pendaftaran kenderaan, jumlah bayaran dan kaedah bayaran adalah betul sebelum meneruskan transaksi.

Simpan bukti bayaran dan hantarkan kepada pihak admin sekiranya diminta untuk tujuan semakan.

 

JIKA PEMBAYARAN GAGAL ATAU STATUS MASIH PENDING

Jangan buat bayaran kali kedua terlebih dahulu.

Simpan bukti transaksi dan hubungi pihak admin untuk semakan. Kelulusan BNPL, status bayaran dan masa pemprosesan adalah bergantung kepada penyedia bayaran.


Revision #1
Created 2026-08-22 15:02:26 UTC by Roadtaxking
Updated 2026-08-22 15:22:42 UTC by Roadtaxking