PERBEZAAN AGREED VALUE, MARKET VALUE DAN UNDER-INSURED
APABILA ADRIANA BAGI KITA SEBUT HARGA, KITA SELALU NAMPAK NILAI PERLINDUNGAN SANA TULIS AGREED VALUE ATAU MARKET VALUE ATAU UNDER INSURED, JADI APA SEBENARNYA PERBEZAAN ANTARA 3 JENIS NILAI PERLINDUNGAN INI?
1. AGREED VALUE
AGREED VALUE adalah nilai perlindungan yang dipersetujui. Ini bermaksud, apabila anda perbaharui insuran dan cukai jalan, jumlah perlindungan kereta anda tidak akan susut sepanjang tahun itu.
Penjelasannya ;
Andaikan jumlah perlindungan kereta anda tahun ini adalah RM50,000, maka nilainya tetap RM50,000 sehingga anda perbaharui takaful dan cukai jalan pada tahun hadapan.
2. MARKET VALUE
MARKET VALUE, jumlah perlindungan kereta anda boleh menyusut setiap bulan berdasarkan nilai pasaran semasa. Haa, ini ramai yang tidak tahu.
Penjelasannya ;
Walaupun dalam cover note dinyatakan jumlah perlindungan kereta anda pada tahun ini adalah RM50,000 (contoh), tetapi sekiranya berlaku kemalangan (semoga dijauhkan), pihak insuran tidak akan bayar tepat RM50,000.
Mereka akan bayar kurang.
Mungkin RM45,000 mungkin juga RM40,000 sahaja.
Ini bergantung kepada nilai pasaran kereta anda semasa kemalangan itu berlaku.
Itulah maksudnya market value = nilai pasaran.