3. KOMISEN AFFILIATE
1. BILAKAH AFFILIATE AKAN DAPAT KOMISEN?
Affiliate akan dapat komisen pada setiap 15 hari bulan untuk komisen bulan lepas yang diperolehi melalui KH Affiliate Program
Contoh: Total Komisen seorang Affiliate pada Bulan 8 akan dibayar oleh Roadtax King pada 15 hari Bulan 9
2. DIMANAKAH AFFILIATE BOLEH DAPAT PENYATA KOMISEN?
Affiliate boleh mendapat penyata komisen di link yang tertara di bawah, masukkan Kod Affiliate dan Password yang diterima melalui e-mel semasa pendaftaran menjadi Affiliate untuk Log Masuk ke dalam sistem
https://partner.roadtaxking.net/
3. KENAPA PADA AWAL BULAN PENYATA KOMISEN YANG AFFILIATE DAPAT KIRAANNYA TIDAK SAMA DENGAN JUMLAH SEBENAR?
Contoh: Penyata Komisen pada awal Bulan 9 yang Affiliate dapat adalah untuk Bulan 8 tetapi kiraannya kurang tepat daripada jumlah yang sebenar Affiliate sepatut dapat atau menjadi kosong
Jangan risau!
Yang itu belum final disebabkan kita ada masalah dengan Affiliate yang masa minta sebut harga:
a. Guna Kod Affiliate lain
b. Guna Kod Affiliate yang salah
c. Guna Kod Affiliate Introducer
Jadi Jabatan Kewangan Roadtax King kena leraikan kekusutan yang berlaku satu demi satu
Tapi tidak mengapa, memang amat biasa
kadang-kadang keghairahan menambah pendapatan dan dapatkan sebut harga sehingga ada kala tersilap mereka masukan Kod Affiliate
Jadi penyata komisen akan di kosong kan semula untuk perbetulkan balik pembayaran yang sepatut di buat
Oleh itu, sebelum komisen yang betul disalurkan kepada akaun Affiliate, semakan ganda secara manual akan dijalankan untuk memastikan tiada kesilapan berlaku
Kesimpulannya, Pihak Roadtax King berharap Para Affiliate lebih berhati-hati mengisi template minta sebut harga di masa depan supaya komisen tidak terjejas disebabkan kecuaian