Skip to main content

WINDSCREEN

1. INSURANS CERMIN KERETA: APA YANG ANDA PERLU TAHU?

Di Malaysia, insurans cermin kereta (windscreen) adalah perlindungan tambahan kepada polisi insurans kereta anda. Bagi mendapatkan perlindungan tambahan ini, anda perlu mempunyai insurans kereta yang aktif. Harga cermin kereta bagi perlindungan tambahan ini adalah berbeza dengan harga insurans kereta.

Insurans ini merangkumi perlindungan, pembaikian, dan penggantian:

  • Cermin hadapan

  • Cermin belakang 

  • Cermin di bahagian pintu

  • Cermin bumbung matahari 

harga cermin kereta

Dibawah perlindungan ini, anda akan diberi pampasan terhadap kos yang diperlukan bagi penggantian cermin kereta sekiranya ia pecah atau retak disebabkan situasi seperti lantunan bantu, rompakan, dan sebagainya. Pampasan ini termasuk kos cermin, upah, dan/atau filem penghadang haba (tinted solar film) yang telah anda pasangkan pada cermin kereta anda.

Secara mudah:
Insurans cermin kereta yang aktif > Pandu > Tenang sekiranya cermin pecah

 

 

 

2. BAGAIMANAKAH CARA MENDAPATKAN TAMBAHAN PERLINDUNGAN CERMIN KERETA INI BAGI KERETA SAYA?

Terdapat dua cara yang boleh anda ikut bagi mendapatkan perlindungan cermin kereta anda.

  1. Tambahkan perlindungan cermin kereta ketika pembaharuan insurans kereta anda: Apabila anda sedang mempebaharui insurans kereta anda, perlindungan cermin kereta akan ditawarkan kepada anda.

    • Portal Insurans Atas Talian: Anda boleh memilih tawaran ini semasa sedang mempebaharui insurans kereta atas talian.

    • Agen Insurans: Pada kebiasaannya, mereka akan menasihatkan anda untuk menambahkan perlindungan ini kepada insurans kereta anda. Jika tiada, maklumkan kepada mereka tentang penambahan perlindungan cermin kepada insurans kereta anda. Ada juga sesetengah daripada mereka yang telah pun menambahkan perlindungan ini kepada insurans kereta anda.

    • Pejabat Pos:  Maklumkan kepada juru kaunter bagi memohon tambahan perlindungan cermin kepada insurans kereta anda.

  2. Beli perlindungan cermin pada bila-bila masa: Perlindungan cermin kereta boleh dibeli selepas pembaharuan insurans kereta. Kami sarankan anda untuk menambah perlindungan ini secepat yang mungkin.

    • Maklumkan kepada agen anda bagi mendapatkan sebut harga untuk tambahan perlindungan cermin. Jangan risau, ia adalah perkara biasa jika pihak insurans perlukan sebarang bahan bukti seperti gambar 4sisi bagi cermin kereta anda sebagai langkah pencegahan penipuan.  

 

 

3. PATUTKAH SAYA TAMBAH PERLINDUNGAN CERMIN KERETA INI?

Bagi sebarang jenis insurans, tambahan perlindungan cermin kereta dapat memberi kesenangan kepada anda ketika memandu. Jika cermin kereta anda pecah/retak, anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak bagi menggantikan cermin anda.

Bagi kereta model baru, penggantian cermin kereta boleh memakan kos yang besar disebabkan teknologi penderia (sensor) yang telah ditambah kepada cermin kereta.

Sebagai contoh, cermin kereta Perodua Aruz mempunyai teknologi penderia hujan yang memakan kos sebanyak RM1,200 bagi tujuan penggantian. Anda hanya perlu membayar sebanyak RM180 untuk kos perlindungan cermin kereta, pemasangan/upah, dan filem penghadang haba bagi cermin kereta anda.

Contoh yang lain pula, kereta Proton X70 baru yang popular di pasaran memakan kos sebanyak RM1,500 bagi tujuan penggantian cermin kereta. Sementara itu, kos perlindungan cermin kereta bagi model kereta ini hanyalah RM225.

Tawaran yang menarik, bukan? 

 

 

 

4. BERAPA BANYAK SAYA PERLU BAYAR UNTUK PERLINDUNGAN CERMIN KERETA INI?

Berikut adalah petua bagi mengira kos perlindungan cermin kereta:

  • Kos perlindungan adalah dalam lingkungan 15% daripada nilai harga perlindungan cermin kereta (jangan keliru dengan 15% daripada nilai harga kereta pula sebab ia menjadi lebih mahal)

  • Contoh: Anda ingin mendapatkan perlindungan cermin kereta bernilai RM1000, anda hanya perlu membayar RM150 + 8% SST

Bagi memudahkan anda, kami telah menyediakan senarai harga dibawah link ini merangkumi pelbagai jenis model kereta.

https://www.autoglass.com.my/insurance-pricelist.html

 

 

 

5. BERAPA KALI BOLEH SAYA TUNTUT PENGGANTIAN CERMIN KERETA? BOLEHKAH SAYA TUNTUT LEBIH 1 KALI DALAM JANGKA MASA 1 TAHUN?

Tidak. Dalam kebanyakan situasi, anda tidak boleh melakukan tuntutan lebih 1 kali dalam jangka masa 1 tahun. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa situasi di mana anda boleh melakukan tuntutan lebih 1 kali bagi cermin kereta anda. Sebagai peringatan, sila rujuk kepada contoh-contoh situasi yang membenarkan tuntutan ke atas cermin kereta anda.

Contoh 1 – Tuntutan 1 kali (Tukar windscreen/cermin kereta baru):

Ahmad telah membeli perlindungan cermin kereta bernilai RM1000 untuk kereta Proton Perdana kepunyaannya dan membayar sebanyak RM150 untuk perlindungan ini. Semasa sedang memandu di lebuh raya, Ahmad telah memandu rapat di belakang sebuah lori dan seketul batu telah terjatuh ke atas keretanya. Ia telah menyebabkan cermin kereta retak dengan teruk.

Setelah menghantar kereta ke bengkel, dia telah dikenakan bayaran sebanyak RM950 untuk penggantian cermin kereta tersebut. Disebabkan perlindungan cermin kereta yang masih aktif, kos penggantian cermin kereta telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans.

Oleh kerana Ahmad sudah menggunakan perlindungan cermin kereta untuk mengganti cermin yang baru, perlindungan cermin tersebut sudah tamat apabila penggantian cermin dibuat. Jika Ahmad perlu menggantikan lagi cermin keretanya dalam masa yang terdekat, Ahmad perlu membeli perlindungan cermin kereta yang baru.

 

Contoh 2 – Tuntutan lebih 1 kali (Tidak tukar cermin baru, tapi hanya baiki cermin lama):

Ali telah membeli perlindungan cermin kereta bernilai RM5000 untuk kereta Honda CRZ miliknya (kami pun terkejut setelah ketahui nilai harga perlindungan cermin kereta model ini). Dia telah membayar sebanyak RM750 untuk perlindungan ini. Sama seperti situasi Ahmad, dia mempunyai tabiat memandu rapat di belakang kenderaan yang lain semasa memandu di lebuh raya. Satu hari, cermin kereta Ali retak akibat lantunan serpihan semasa memandu.

Retakan tersebut agak kecil dan boleh dibaiki tanpa sebarang penggantian. 

Ali telah menghantar keretanya ke bengkel pakar pembaikan cermin, dan hanya meminta untuk membaiki cermin keretanya.

Bengkel tersebut telah mengenakan caj RM150 untuk pembaikan retakan cermin kereta Ali. Disebabkan lantunan serpihan tersebut terkena cermin kereta pada impak yang rendah, retakan agak kecil dan boleh diperbaiki. Kos baiki cermin kereta bernilai RM150 telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans.

Selepas tuntutan ini, Ali berbakikan RM4850 untuk perlindungan cermin keretanya.

Jika Ali menghadapi situasi yang sama dalam masa yang terdekat, dia masih boleh menggunakan baki RM4850 untuk membaiki atau menggantikan cermin keretanya.

 

 

 

6. SAYA TIDAK ADA TAMBAHAN PERLINDUNGAN INI. BOLEHKAN SAYA MENGGANTIKAN CERMIN KERETA SECARA PERCUMA?

Jangan terkejut kerana anda masih boleh membuat tuntutan ke atas penggantian cermin kereta walaupun tiada tambahan perlindungan ini kepada insurans kereta anda. 

Walau bagaimanapun, tuntutan ini mungkin akan membuatkan anda rasa ia satu kerugian.

Jika anda memilih untuk menggantikan cermin kereta tanpa tambahan perlindungan, tuntutan yang dilakukan akan menjejaskan polisi insurans kereta anda.

Ini bermakna anda akan kehilangan diskaun tuntutan (NCD) anda bagi tahun hadapan. Jika anda sudah mengumpul sejumlah NCD yang banyak, NCD ini akan ditetapkan semula 0 peratus (0%) apabila anda mempebaharui insurans kereta. Bagi sesetengah kereta, penolakan diskaun ini merupakan satu kerugian yang besar apabila dibandingkan dengan harga yang perlu anda bayar untuk tambahan perlindungan ini.

 

 

 

7. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK SAYA MENUNTUT PENGGANTIAN CERMIN KERETA?

Proses tuntutan bagi penggantian cermin kereta daripada pihak insurans sebenarnya agak mudah untuk dilakukan.

Untuk membuat tuntutan penggantian kaca depan, anda perlu memeriksa sama ada pakar cermin adalah panel yang diberi kuasa oleh syarikat insurans anda. Beberapa pakar cermin rangkaian besar seperti AutoGlass dan DrCermin sudah tersambung dengan kebanyakan syarikat insurans kenderaan di Malaysia. Walau bagaimanapun, jika anda tidak pasti, adalah lebih baik untuk menghubungi:

Syarikat insurans anda untuk mendapatkan maklumat mengenai bengkel/panel pembetulan cermin yang disyorkan oleh mereka berhampiran dengan lokasi anda.

Bengkel pembetulan cermin itu sendiri dan bertanyalah sama ada mereka adalah panel bagi syarikat insurans anda.

Penting untuk diingat bahawa penggantian cermin hanya boleh dilakukan di pakar cermin yang diberi kuasa oleh syarikat insurans anda. Jika tidak, ini akan mempersulitkan proses tuntutan dan mungkin mengakibatkan tuntutan anda ditolak.

Tuntutan di pakar cermin panel: Tiada bayaran diperlukan. Perlindungan cermin anda akan membayar kos pembetulan/penggantian, yuran buruh, dan mungkin kos penambahan filem solar berkualiti. 

Tuntutan di pakar cermin bukan panel: Anda berisiko tuntutan anda ditolak oleh syarikat insurans anda. Anda mungkin perlu membayar keseluruhan kos atau sebahagian kos pembetulan/penggantian, yuran buruh, dan filem solar/tint.

Setelah anda mendapat pengesahan, sila sediakan dokumen-dokumen di bawah untuk memudahkan proses tuntutan. Bawa dokumen-dokumen tersebut ke pakar cermin yang anda pilih:

a. Polisi insurans kenderaan / notis perlindungan
b. Kad pengenalan Pemilik Insurans
c. Lesen memandu Pemilik Insurans
d. Kad Pendaftaran Kenderaan (Geran)
e. Laporan polis asal (jika berkenaan)

Jika ini adalah kereta syarikat, sila bawa juga:
f. Lesen Pendaftaran Syarikat Perniagaan (Borang 9/13/24/49)
g. Cop getah syarikat

Setelah dokumen-dokumen tersebut bersedia, anda perlu menghantar kereta ke pakar cermin pilihan anda. Terdapat banyak pilihan di luar sana

Setibanya di sana, beritahu sahaja bengkel bahawa anda ingin membuat pembetulan/penggantian cermin. Pakar tersebut akan memeriksa keadaan cermin dan memberitahu anda sama ada ia boleh dibaiki atau memerlukan penggantian sepenuhnya.

Boleh dibaiki: Cip atau retak kecil boleh dibaiki dengan menggunakan resin khas yang mengisi ruang udara dalam kaca. Kos pembetulan adalah minima dan boleh dituntut melalui perlindungan cermin anda. Oleh kerana kosnya rendah, anda masih mempunyai nilai perlindungan cermin yang tinggal. Jika anda perlu menggantikan cermin pada masa depan, anda masih boleh membuat tuntutan dengan perlindungan cermin yang sama, asalkan jumlah tuntutan adalah lebih rendah daripada nilai perlindungan yang tinggal.

Penggantian diperlukan: Jika kerosakan itu teruk, pakar cermin akan mencadangkan penggantian keseluruhan cermin.

Pembetulan atau penggantian cermin akan mengambil masa kira-kira 2-3 jam. Anda hanya perlu duduk dan bersantai sementara pakar menjalankan tugas.