Jawapan yang lebih tepat adalah dia jatuh bawah BETTERMENT bermaksud kereta melebihi usia 5 tahun sebenarnya tetapi ada sesetengah syarikat insuran melanjutkan sampai tahun ke-6, ada setengah syarikat melanjutkan sampai tahun ke-7 tetapi kebiasaannya adalah melepasi 5 tahun dia akan jatuh bawah BETTERMENT.
Apa itu BETTERMENT pula? BETTERMENT adalah kadar tambahan kos yang perlu pemegang polisi (pemilik kenderaan) tanggung semasa membuat tuntutan. BETTERMENT adalah sejenis caj yang dikenakan oleh pihak syarikat insurans memandangkan kenderaan tersebut dia dah ada penggunaan dan kerosakan (wear and tear) maksudnya dia dah ada kehausan barang-barang tersebut, Jadi ini tidak adil syarikat insuran membayar pada harga yang baru. Contoh BETTERMENT kereta itu dah usia 7 tahun seperti kes ini jadi dah tentu untuk kereta yang dah tahun-7, mungkin absorpber dah haus mungkin caat dah pudar, mungkin ada bodypart yang dah longgar atau pecah. Jadi bila dia kemalangan, dia berharap semua itu bertukar jadi baru, jadi tidak adil kerana konsep insuran bukan menggantikan kepada keadaan baru tapi kepada keadaan asal.
Insurans ini dia menggantikan sesuatu kepada keadaan asal sama dalam bentuk barangan atau kewangan, itu konsep dia. Jadi bila berlaku macam ini, secara automatik insuran tak kan bayar penuh. Jadi bila tak kan bayar penuh, mungkin dia kena tanggung kos sekitar 15 peratus daripada kos keseluruhan. Kalau kos repair itu 10,000, 1,500 dia kena top-up sendiri, itu panggil BETTERMENT. Jadi maksimum BETTERMENT ini 30 peratus.
Kemudian melibatkan spare part seperti lampu dan sensor, betul, kita kena bayar sendiri. Seperti contoh kalua dekat medical card kita pun tahu untuk rawatan automatik tak ada masalah untuk insurans bayar GL lulus, tetapi untuk barangan/ barang-barang tambahan itu tak ada syarikat insurans yang boleh cover. Apa dia? Contohnya kalau kita kena masuk bateri dalam jantung, kos rawatan seperti kos pembedahan, caj doktor dan seumpamanya semua cover tetapi bateri itu kena beli pakai duit sendiri sama lah macam kes ini, lampu dan sensor, biasanya insurans tak kan cover, atas senang cakap aksesori semua insuran tak cover. Apa sahaja aksesori biasanya company tak cover.
Walaubagaimanapun, kita ada manfaat tambahan berbentuk WAIVER OF BETTERMENT macam WAIVER OF POLICY. Kita ada WAIVER OF BETTERMENT, selain WAIVER OF BETTERMENT, kita ada manfaat aksesori kenderaan. Jadi kalau ke 2-2 ini ditambah dalam polisi dapat membantu seandainya terlibat dengan kemalangan dan kenderaan berusia lebih dari 5 tahun, jadi dia akan WAIVE kan BETTERMENT itu dan dia juga cover sekali aksesori kereta.