Kami di Roadtax King menggunakan 4 jenis perkhidmatan penghantaran ke seluruh Malaysia iaitu
Runner direct ke rumah (Lembah Klang sahaja)
Pos laju
Citi Link
Myeg
Walau bagaimana pun harus di ingat kan bahawa kerajaan telahpun melaksanakan sistem roadtax digital https://roadtaxking.net/roadtax-digital/ yang mana secara autonya roadtax fizikal akan dikurangkan secara berperingkat
Ini menyebabkan kebanyakan pengeluar roadtax fizikal mengalami gangguan termasuk pejabat pos, myeg dan sebagainya .
Di sebabkan ini juga pihak kami mendapat limited kertas roadtax fizikal yang sekaligus akan menyebabkan kelewatan untuk membuat penghantaran ( bergantung pada stok yg ada & jika ada ) pada satu satu masa .
Justeru pelanggan / affiliate di nasihatkan untuk download Apps MyJPJ untuk akses mudah berkaitan cukai jalan seperti di link yang disertakan di atas kerana sebaik menerima bayaran untuk cukai jalan / roadtax maka dalam 12 ke 24 jam cukai jalan digital sudahpun tertera di dalam sistem Apps tersebut .
Jika pihak kami telah pun mendapat roadtax fizikal ianya akan di poskan/dihantar terus ke pelanggan / affiliate tetapi harus di ingat ianya bergantung pada stok yang ada. Adakalanya mencecah hingga seminggu ke 2 minggu (mungkin lebih). Diharap anda boleh bersabar.
Selain itu (tambahan), kami minta kerjasama setiap pelanggan / affiliate untuk cakna(alert) berkaitan panggilan / whatsapp kerana ada juga masalah yang timbul di mana penerima cukai jalan tidak menjawap panggilan atau whatsappÂ
Ini juga sering berlaku yang mana ianya menyukarkan pihak penghantaran untuk menghantar cukai jalan (lihat contoh)
Antara masalah kedua yang berlaku semasa percubaan penghantaran yang sering kami terima
Tidak menjawap panggilan
Tidak menjawab whatsapp
Tidak memberi kerjasama semasa permintaan lokasi sebenar
Sampai depan rumah tiba-tiba gagal dihubungi untuk penyerahan ke tangan (call dah tidak berjawab)
Affiliate salah beri alamat dari awal semasa permohonan
No hp yang diberi tidak diguna pakai
Masalah2 sebegini yang kadang2 menambah kesulitan & di harap agar semua cakna (alert) berkaitan perkara ini untuk mengurangkan masalah cukai jalan tidak diterima pengguna.